PHBN Bina Persepsi Jahat

 


KUALA TERENGGANU -  Tidakan Pengerusi BN, Zahid Hamidi menuduh Presiden PAS gagal masuk ke Mekah adalah cubaan bagi membina persepsi jahat terhadap PAS/PN sebagai usaha menolak gelombang kebangkitan rakyat. 


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Dr Alias Razak sangat kesal dengan tindak tanduk Timbalan Perdana itu, berterusan menipu dan menjadikan pembohongan sebagai strategi. 


Beliau menyifatkan PHBN terdesak, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri pada 12 Ogos ini. 


"Zahid Hamidi berkata Presiden PAS, pergi atas jemputan kerajaan Arab Saudi, tuduhan ini salah kerana Tuan Guru pergi atas jemputan Mufti Mekah pada 2008.


"Zahid turut berbohong apabila mengatakan bahawa sehari sebelum wukuf Presiden PAS masih tidak mempunyai penginapan, walhal Presiden PAS sudah berada di Mekah beberapa hari sebelum wukuf dan memberikan kuliah kepada jemaah haji," ujarnya.


Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian pada Sidang Media, di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut katanya, PAS Terengganu memadang serisu beberapa siri penipuan yang dibuat Zahid dalam ceramah di Terengganu baru-baru ini.


"Zahid telah membuat sekurang-kurangnya tiga penipuan terhadap kerajaan Terengganu dan pemimpin PAS antaranya mengenai agihan bantuan banjir daripada kerajaan Persekutuan dengan mengatakan duit itu diambil kerajaan negeri dan hanya beri kepada ahli PAS.


"Ini satu pembohongan, ia telah dijawab oleh Exco Kebajikan, Hanafiah Mat bahawa ia telah diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) seterusnya diagihkan kepada mangsa-mansa banjir menerusi agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.


"Bantuan itu tidak masuk ke akauan kerajaan negeri, apatah lagi hanya diagih kepada ahli PAS,"tegasnya. 


Justeru, beliau juga menyelar tindakan Zahid mengaitkan Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli dalam siri pembohogandannya. 


"Ketiga-tiga tuduhan yang dinyatakan presiden UMNO itu dakwaan mengenai menaiki kapal terbang bersama dan menyantuni mangsa banjir dengan memakai pakaian tidak sesuai, 


"adalah tidak berasas dan pembohongan secara terang-terangan,"katanya lagi.

Ulasan