Projek Taman Rekreasi Razif Terbiar

 


KUALA NERUS – Projek Taman Rekreasi dan Jeti Tebing Tinggi, Seberang Takir, yang diusahakan oleh mantan ADUN Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menelan belanja RM290,000 telah menjadi semak samun, terbiar dan tidak terurus.

Ahmad Razif ketika perasmiannya pada tahun 2011 berkata, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan satu produk pelancongan yang dilihat ‘mundur’ tetapi sebenarnya cukup berpotensi termasuk bagi kegiatan menyusuri kawasan hutan nipah dengan bot pengusaha setempat.


Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri turut menambah peruntukan sebanyak RM700,000 lagi bagi membina dua buah restoren terapung berhampiran taman berkenaan sedikit masa lagi.

Ketua Penerangan PAS Seberang Takir, Muda Abdullah berkata, kedua-dua projek yang bernilai hampir satu juta ringgit tersebut kini menjadi satu pembaziran kerana rakyat tidak manfaat daripada pembinaannnya.


Namun, Razif yang mempertahankan kerusi DUN terbabit ‘berselera tinggi’ mahu membangunkan projek baharu pula, mewujudkan Terengganu Kitchen atau T-Kitchenyang berkonsepkan makanan tradisional negeri ini.

“sedangkan prjek-projek hok dia buat sebelum ni pun tak terurus, setakat buat projek perabis pitih, lepas tu terbiar dan tidak terurus,” kata beliau.



Ulasan