Segerakan Operasi Hospital Baharu Dungun


DUNGUN - Hospital Dungun yang baharu yang telah siap, sepatutnya beroperasi sejak 2019 mesti,  disegerakan mengikut perancangan untuk kepentingan warga Dungun malah rakyat Terengganu.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan harapan demikian apatah lagi hospital tersebut bakal menjadi hospital pakar ketiga Negeri Terengganu.

"Walaupun Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman wujud tetapi limpahan pesakit menerima rawatan menyebabkan tidak mampu menampung tambahan keperluan rakyat Terengganu terutama daerah setempat dan berhampiran," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Ustaz Wan Hassan lagi, Malaysia menuju ke arah negara menua, jangka hayat rakyat dalam lingkungan sekitar 70 tahun.

" Dengan pelbagai masaalah kesihatan keperluan kepada sektor kesihatan adalah penting. 

" Apatah lagi semua daerah pentadbiran menghadapi kekurangan dalam sektor  penting ini, "katanya lagi

Ulasan