Tanah Sungai Binjai; Ustaz Maliaman Tunai Janji Kepada Rakyat


HULU TERENGGANU - Selain dapat menyediakan kemudahan Mesin Juruwang Automatik (ATM), mantan ADUN Ajil Ustaz Maliaman Kassim, melunaskan janji beliau mengagihkan 166 lot tanah Kampung Baru Sungai Binjai kepada penduduk.

Seorang warga emas, Ismail Muhammad berkata, beliau mula meneroka tanah tersebut sejak tahun 1974 dan telah berkali-kali turun naik pejabat tanah semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah.

Namun katanya, hanya setelah PAS menang dan Ustaz Maliaman menjadi wakil rakyat, beliau mendapat dokumen hak milik tanah. 

"Pada kempen pilihan raya dulu dia janji nak selesaikan tanah ni, alhamdulillah sekarang saya sudah dapat geran, tanah ini mulanya asal dibuka tahun 1974, sama dengan Jerangau Barat, 

“Saya minta tanah ini masa zaman BN dulu, apabila setiap kali dekat pilihan raya sia sukat (ukur) tapi lepas tu senyap lepas saya senyap. Saya masih ingat tanah ini, saya yang buka dua beradik arwah abang saya dan Pok Him,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, beberapa kali kerajaan telah cuba mengusahakan tanah tersebut untuk projek-projek pertanian dan mengguna pakai nama orang kampung, tetapi tidak memberi hak milik.

nurutnya, ramai peneroka asal tanah tersebut telah pun meninggal dunia dan tidak dapat memiki tanah tersebut secara sah kerana mainan politik Umno dan BN.

“Jadi lama dah , kalau kira orang tua dulu saya ingat kalau mati tinggal tulang. Hak mana peneroka asal mati belaka dah, tinggal anak dan anak nak mati pula, tinggal cucu pula baru boleh miliki,

“Alhamdulillah, sekarang sudah boleh bayar setelah 40 tahun lebih,” kata beliau sambal menahan hiba.


Sementara itu, mantan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung itu, Mohd Rafi Shafie mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Maliaman yang telah berusaha sehingga penduduk boleh mendapat ‘geran tanah’.

“Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada yang berusaha Ustaz Maliaman mendapatkan hak milik orang Kampung Baru Sungai Binjai. Alhamdulillah setakat ini orang tak ada lagi marah boleh geran,” ujarnya berseloroh. 

Beliau berkata, suasana pilihan raya kali ini berbeza dengan beberapa kali sebelumnya kerana kelulusan tanah tersebut oleh kerajaan negeri yang diterajui PAS.

“kalau dari segi zahir mata kasar kita tengok jadi terbalik pusing, orang Umno pulak malu kepada orang PAS. Nak bawa bendera, nak pasang  bendera jadi dia malu maknanya kalau dari segi zahir mata kasar dia kalah doh,” tambah beliau.


Ulasan