Teruskan Bekerja, Ulangi Kejayaan

 


KUALA TERENGGANU - Walaupun telah berjaya menyapu bersih semua 32 Dewan Undangan Negeri(DUN), bukan alasan untuk bersantai tetapi mesti terus bekerja supaya dapat mengulanginya nanti.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato Tengku Hassan Tengku Omar mengingatkan demikian kepada petugas - petugas parti bahawa untuk mempertahan kemenangan adalah perkara yang lebih sukar.

"Jangan rasa seronok tidak tahu kala, kerja kena buat jangan seronok bila menang, kena kerja kuat untuk kekalkan  kemenangan untuk lima tahun lagi," ujarnya.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang itu berkata demikian ketika berucap majlis Jamuan Petugas Unit Daerah Mengundi(UDM) Gong Kapas di sini semalam.

Dato Tengku Hassan yang dipilih selama tiga penggal sejak 2008, bertanding di atas tiket PAS. 


Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu yang juga ADUN Ladang, Zuraida Md Noor. 

Beliau juga memuji jentera PAS DUN tersebut di atas gerak kerja yang mantap semasa Pilihan Raya Umum Negeri ke-15(PRUN15) dan berharap mereka meneruskan amal bakti   tidak mengira dalam bidang mana   diamanahkan 

"Alhamdulillah UDM Gong Kapas dan Bukit Kecil kita menang, tidak susah untuk kita melaksanakan apa yang kita janjikan.

"Insya Allah wakil rakyat baru akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini yang mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan rakyat di DUN Ladang," katanya.

Ulasan