Umno Dan Rasuah Berpisah Tiada!


KUALA NERUS - Mantan ADUN Batu Rakit, Ustaz Khazan Che Mat mengesahkan pernyataan bahawa ‘Umno dan rasuah berpisah tiada’ terutamanya dalam menghadapi pemilihan parti dan saat hampir pilihan raya.

“Ini sangat tepat! yang pertana kita sedia maklum Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ni dia 47 yang berkaitan dengan rasuah,

“kemudian dia diselamatkan oleh gabungan parti dia dengan PKR ataupun bila berlaku pergabungan di antara BN/PH dia diselamatkan, sebab dia dapat jawatan jadi Timbalan Perdana Menteri,” ujae bekas ahli Umno itu.

Calon PAS/PN bagi DUN Seberang Takir menambah, telah tular video Ahmad Zahid yang berkata pada kempen PRU15 mengakui, sekiranya mereka tidak menang, mereka akan diambil tindakan berkait rasuah.

Bahkan kata Khazan, sekarang bertambah lagi bukti ‘Umno dan rasuah’ apabila Zahid datang berkempen dan berjanji untuk menokok peruntukan kepada belia Terengganu.


“dia kata peruntukan untuk belia kita akan tambah lagi jika Umno menang dalam pilihan raya ini,

“Ini rasuah sebab dia janji kalau dia menang maksudnya dia akan beri bila kita orang undi dia, jadi apa lagi yang kita boleh gunakan alasan katakan ini bukan rasuah? ” soal beliau.

Cuma kita pelik, ujarnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan ia tiada unsur rasuah.

“Saya rasa rakyat boleh  saya nampak rakyat sudah ada kesedaran pada hari ini tak seperti zaman dulu zaman hari ini hari ini media massa memainkan peranan penting,

“Rakyat boleh boleh mencapai maklumat walaupun di mana mereka berada dan pengundi muda lebih bergantung kepada maklumat yang mereka dapat daripada media sosial,” ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan jelajah kempen di Pasar Besar Kedai Payang, semalam..


Oleh itu, beliau menyeru semua pengundi menolak pakatan BN/PH sebagaimana gelombang rakyat pada PRU ke-15 lalu.

“kalau dulu mereka menolak Umno kerana pimpinan Umno ada kes rasuah, hari ini tambah selain daripada kes rasuah, pimpinan Umno telah melanggar janji dan juga mengkhianati perjuangan mereka sendiri,

“dulu mereka Berjuang untuk membela orang Melayu menentang perjuangan DAP ‘Malaysian Malaysia’ hari ini Mereka bersama-sama dengan DAP,” tegas beliau.

Justeru, beliau percaya, selain daripada menentang rasuah, gelombang ahli-ahli Umno sendiri adalah menentang pengkhianatan pemimpin terhadap perjuangan mereka.

Oleh itu, Ustaz Khazan yakin beliau dapat menumbangkan penyandang ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman, dalam pilihan raya umum negeri yag ke-15 pada 12 Ogos nanti.


“Keyakinan saya adalah kepercayaan bahawa pengundi hari ini bijaksana, mereka tahu siapa yang patut merekà beri undi, mereka tahu siapa yang berhak untul diberi amanah untuk tadbir negeri,

“Sudah tentulah rakyat pada hari ini nak sebuah kerajaan yang bersih dan stabil, bersih daripada  rasuah, stabil dari segi kepimpinan dan kerjasama yang baik diantara parti kompenan,

“Dan ini berlaku dalam gabumgam pn kerana antara PAS dan Bersatu dalam PN kerana kita ada matlamat yang sama,” jelas beliau.

Katanya, Tan Sri Muhyidin yang menjadia pengasas Bersatu ialah orang yang dipecat daripada Umno kerana beliau menyuarakan isu rasuah dalam Umno.

“dan PAS kita tahu ia sebuah parti Islam, rasuah adalah bukan amalan dalam agama kit

“Jadi atas dasar ini saya yakin rakyat bijaksana dan faham mereka akan tolak Umno/BN dan Kali ini kita ada peluamg menang di Seberang Takir,” jelasnya lagi



Ulasan