Undi Melayu Terkesan Apabila Umno Bersama PH

 


KUALA TERENGGANU - Orang Melayu sangat terkesan apabila Umno bergabung dengan PH ditunjangi oleh DAP yang 'racist'. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ustaz Riduan Mohamad Nor menyarankan, faktor tersebut menyebabkan pengundi pengundi tegar Umno, samada mereka memboikot undi atau mengundi PAS. 

Calon PAS DUN Jerteh itu mengucapkan syukur dan pujil-pujian kepada Allah kerana telah diberikan kemenangan pada pilihan raya negeri, semalam. 

"Alhamdulillah Jerteh menang dengan majoriti 4,723 kerana ada berapa faktor kemenangan, 


"Kerajaan negeri boleh melaksanakan semua janji manifesto PRU14 dan ini memberi kepercayaan rakyat kepada kemampuan PAS untuk mengurus tadbir negeri," jelasnya ketika dihubungi. 

Selain itu, kata beliau, 'sosok budiman' Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri juga menyumbang pengaruh yang menarik sokongan pengundi. 

"Saya melihat lagi isu tempatan seperti Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri merupakan anak jati Kampung Pulau Panjang, 

"ia memberi satu 'signal' yang signifikan kepada pengundi Jerteh bawa Terengganu ni ada pimpinan hebat daripada Daerah Besut."tambah beliau. 


Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Besut itu menghargai dan mengaku, sokongan rakyat yang beliau terima adalah kesan daripada pemimpin 'akar umbi'. 

"Mereka menjalankan amanah dengan baik selama lima tahun berkhidmat, JPKK bertemu rakyat tidak mengenal dan memilih bulu untuk memberikan bantuan samada PAS atau Umno 'non-partisan'. 

"Ini sangat membantu semasa kempen dimana kalangan B40 sangat 'malu-alah dengan mereka."katanya. 

J


usteru, keputusan pengundian semalam, tegas beliau, satu sejarah kepada DUN Jerteh, memenangi majoriti paling besar semenjak kemerdekaan. 

"Alhamdulillah, jentera DUN Jerteh juga tidak keseorangan dibantu oleh 86 orang jentera PAS Negeri Sabah, 

"seramai 68 orang anggota terlatih, mahir dan datang membantu selama 16 hari di bilik operasi, pelbagai latar belakang kebolehan, ada media, perang saraf khidmat guaman."ujar beliau. 

Ulasan