Wanita Terengganu Terbela

 


Oleh : Sofiah Aminah


KUALA NERUS - Kerajaan PAS Negeri Terengganu sangat mengambil berat kebajikan golongan wanita dengan memberikan pelbagai insentif untuk membela nasib mereka.


Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata 20 manifesto telah dilaksanakan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum DUN Negeri Terengganu Ke - 15(PRN15) yang memberi manfaat kepada golongan tersebut. 


"Antaranya menubuhkan nurseri (Pusat Jagaan Kanak-kanak) di pejabat-pejabat kerajaan negeri, memberi cuti bersalin 90 hari, memberi Pencen Rakyat, mengadakan Karnival Kawin Perdana serta lesen motosikal percuma, ini antara program yang dapat membantu wanita di luar sana," jelasnya.


Beliau yang juga Ketua Muslimat Kuala Nerus menjelaskan demikian ketika bersiaran menerima secara langsung di Lubna TV pada 31 Julai lepas. 


Ustazah Tuan Roslina juga turut teruja dengan 10 Tawaran PAS PRU15 nanti, yang turut menawarkan, khusus untuk surirumah  jika masih diberi mandat sekali lagi. 


" Kerajaan akan menaja Caruman Skim Keselamatan Sosial Perkeso, ini kerana suri rumah tidak terlepas dari kemalangan, kecederaan dan sebagainya, jadi bila PAS Terengganu berjaya menjadi kerajaan surirumah kita ada insurans, 


"Che Na menyeru agar semua  rakyat mengekalkan Kerajaan Negeri Terengganu yang sebelum ini dibawah Parti Islam Se-Malaysia, PAS, mengajak seluruh keluarga, jiran tertangga memangkah PAS ,insya-Allah," ujarnya yang senang di sapa sebagai Che Na.

Ulasan