Yakin Khidmat Cemerlang Kerajaan PAS Terengganu

 


DUNGUN - Kemenangan sapu bersih PAS pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos lalu PAS adalah manifestasi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap khidmat cemerlang kerajaan PAS Terengganu. 

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang, Ustaz Wan Mazli Wan Dagang berkata, kejayaan Terengganu menunaikan menifesto dan pelbagai anugerah yang diraih sepanjang lima tahun lalu telah meningkatkan sokongan para pengundi. 

"Kekuatan sokongan terhadap PAS yang telah bertapak kukuh di bumi Dungun, kebangkitan luar biassa golongan anak muda dan pengundi luar Terengganu, 

"turut memberi sumbangan kepada kemenangan yang menyaksikan majoriti cemerlang DUN di Dungun," jelasnya  ketika dihubungi. 

Bercakap tentang isu yang sama, Ketua Sidang As-Sabiqun PAS Dungun, Mohd Amin Hamid berpendapat majoriti tinggi undi yang diperolehi oleh calon-calon PAS/ PN turut disumbang oleh ahli dan penyokong BN. 


"Dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno menyebabkan mereka yang diperingkat akar umbi dalam keadaan terumbang-ambing dan  memberi undi kepada calon PAS," jelasnya. 

Keputusan PRN minggu lalu menyaksikan tiga calon PAS menang dengan lebih DUN 10,000 undi dan Bukit Besi mendapat majoriti lebih 3,000.

Sementara itu, seorang aktivis PAS, Abdul Hamid Ismail berkata, PRN tersebut juga membuktikan PAS Dungun tidak ketandusan pemimpin pelapis muda.

Katanya, dua calon bagi DUN Sura dan Rantau Abang adalah muka baru yang mendapat kemenangan bergaya. 

"Dua pemimpin Dewan Pemuda PAS telah terpilih mewakili PAS, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fauzi di DUN Sura dapat majoriti 13, 848, 


"Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli pula di DUN Rantau Abang dapat majoriti 12,922 undi," ujarnya. 

Menurutnya, kedua-dua pemimpin muda itu diterima baik bukan sahaja oleh orang PAS, bahkan oleh pengundi BN dan warga DUN masing-masing. 

Disamping itu, beliau juga memuji  Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang bekerja keras untuk memastikan DUN Bukit Besi berjaya dimenangi PAS.

"Mana-mana Unit Daerah Mengundi(UDM) yang bermasalah, diselesaikan masalah dan kita berjaya menang," jelasnya. 

Keputusan PRN minggu lalu menyaksikan tiga calon PAS menang dengan lebih DUN 10,000 undi dan Bukit Besi mendapat majoriti lebih 3,000.

Ulasan