Zahid Suburkan Amalan Rasuah, Politik Wang

 


PAS Terengganu mengikuti rapat perjalanan kempen Pilihan Raya (PRU) Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.


Pelbagai isu berlaku mencemarkan suasana kempen, antara isu yang hangat diperkatakan adalah mengenai budaya menyuburkan amalan rasuah dan politik wang.


Beberapa hari lepas, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa segan silu mengumumkan pemberian wang lebih SETENGAH JUTA RINGGIT kepada belia Terengganu sambil mengharapkan anak muda mengikut Gelombang Biru (BN) dan Gelombang Merah (PH).


Perkara ini sangat memalukan, ia mencabul proses demokrasi, namun malangnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas mempertahankan Zahid Hamidi.


Lebih mendukacitakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan pengumuman itu bukan rasuah, tetapi inisiatif kerajaan.


Perkara tersebut bukan hanya mengundang kecaman rakyat, tetapi turut mengheret bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bersuara menentang.


Malaysia akan rosak jika budaya tidak sihat ini terus subur, masyarakat pula akan hilang rasa hormat terhadap agensi kerajaan dan kerajaan jika acuh tidak acuh dalam perkara ini.


Calon BN Hulur Wang Kepada Pengundi


Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyuburkan amalan rasuah dan politik nampaknya menjadi ikutan di peringkat bawah.


Tersebar di media sosial, Calon BN di beberapa DUN di Terengganu menghulurkan wang kepada orang ramai.


Kelakuan itu seolah-olah mereka seperti mahu mencabar pihak berkuasa dan undang-undang negara, beberapa isu ini menunjukkan betapa tidak madaninya PH-BN dalam berkempen.


Kami berharap agar tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa.


Kerajaan Madani Pilih Bulu, Cakap Tak Serupa Bikin


Beberapa isu yang saya sebutkan di atas adalah bukti nyata betapa kerajaan campuran hari ini gagal dan hanya cakap tak serupa bikin.


Jika diimbas, sebelum ini mereka jugalah yang lantang bersuara agar isu rasuah dan politik wang dijauhkan dalam kempen pilihan raya.


Namun kini kita boleh melihat siapa sebenarnya bercakap benar dan siapa hanya pandai bermain kata-kata.


Kita yakin rakyat Terengganu dan lima negeri lagi menolak budaya politik kuno sebegini dan akan menghukum PH-BN dalam PRU DUN kali ini.


<a href="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2023/08/IMG_20230801_174037-scaled.jpg"><img src="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2023/08/IMG_20230801_174037-1024x769.jpg" alt="" width="696" height="523" class="alignnone size-large wp-image-93875" /></a>


Zahid Penipu Bersiri


PAS Terenganu turut memandang serius beberapa siri penipuan yang dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ceramah di Terengganu baru-baru ini.


Zahid Hamidi telah membuat sekurang-kurang tiga penipuan terhadap kerajaan Terengganu dan pemimpin PAS.


Pertama, Zahid Hamidi menipu tentang agihan bantuan banjir daripada kerajaan Persekutuan, pemimpin UMNO itu mengatakan duit itu kerajaan negeri ambil dan hanya beri kepada ahli PAS.


Ini satu pembohongan, ia telah dijawab oleh Exco Kebajikan, Hanafiah Mat, duit bantuan banjir itu, kerajaan pusat berikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) seterusnya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir menerusi agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.


Bantuan itu tidak masuk ke akaun kerajaan negeri, apatah lagi hanya diagih kepada ahli PAS.


Penipuan kedua, Zahid Hamidi mengfitnah Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menaiki kapal terbang bersamanya bagi melawat mangsa banjir di Dungun, memakai pakaian tidak sesuai ketika menyantuni mangsa banjir serta mendakwa Wan Hassan ahli UMNO


Ketiga-tiga tuduhan yang dinyatakan Presiden UMNO itu adalah tidak berasas dan pembohongan secara terang-terangan.


Wan Hassan tidak pernah naik kapal terbang bersamanya, turun ke kawasan banjir, menyantuni mangsa banjir dan juga menyampaikan sumbangan dengan pakaian betul dan beliau merupakan ahli PAS tulen.


Seterusnya, tuduhan jahat Zahid Hamidi mengenai Presiden PAS yang gagal masuk Mekah.


Zahid Hamidi berkata, Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pergi atas jemputan kerajaan Arab Saudi, tuduhan ini salah kerana Tuan Guru pergi atas jemputan Mufti Mekah pada 2008.


Kemudian, Pengerusi BN itu turut berbohong apabila mengatakan bawah sehari sebelum wukuf Presiden PAS masih tidak mempunyai penginapan, walhal Presiden PAS sudah berada di Mekah beberapa hari sebelum wukuf dan memberikan kuliah kepada jemaah haji.


Justeru kami merasa sangat kesal dengan tindak tanduk Zahid Hamidi yang berterusan menipu,kami yakin tindakan itu adalah strategi terdesak PH-BN untuk membina persepsi jahat terhadap PAS.


Isu Calon Kemasik


Perkara ini tiba-tiba muncul menjelang hari pengundian, kami mendapat makumat ‘drama’ ini didalangi ahli politik tertentu.


Mereka kehabisan modal untuk menyerang PAS dan menjatuhkan sokongan rakyat yang makin memuncak ketika ini, disebabkan itu pihak musuh menggunakan isu peribadi.  


Pemilihan calon PAS telah melalui tapisan yang ketat, segala perkara diteliti dengan sangat mendalam sebelum seseorang calon dipilih kepimpinan.


Oleh kerana pihak tertentu masih memainkan isu ini, beberapa tindakan diambil oleh calon Kemasik melalui peguamnya termasuk dengan menghantar notis injuksi kepada individu dan media yang menyiarkan berita berkenaan.


PAS berharap agar isu-isu sebegini tidak terus digunakan oleh mana-mana pihak demi meraih undi, berpolitiklah secara matang.


Dato’ Dr Haji Alias Razak

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu

01 Ogos 2023

Ulasan