Air Tangan Terakhir Ustaz Halias Di N13 Simpang Jeram

 


KUALA TERENGGANU - Sebelum dijemput Ilahi, Ketua Ulama PAS Kuala Terengganu, Ustaz Halias Abu Bakar sempat menitipkan air tangan terakhir untuk hidangan petugas di N13 Simpang Jeram. 

Menyingkap kenangan, Ketua Kebajikan PAS Kuala Terengganu, Azizah Mahmood berkata Almarhum adalah petugas Kuala Terengganu  gelombang ketiga dan bersama bertolak pada hari Isnin, 4 September malam ke Simpang Jeram.

"Pada Khamis, 7 September, beliau telah  memasak menu  nasi maqlubah di Markas Unit Daerah Mengundi(UDM) 02 Kampung Kelantan untuk petugas seramai 50 orang,"k atanya dalam satu cacatan yang dihantar kepada pemberita BO semalam. 

Menurutnya, pada malam sebelum bertolak beliau membaca doa selamat untuk semua petugas di hadapan Pusat khidmat DUN Batu Buruk.

" Sesungguhnya beliau telah kembali menghadap sang pencipta dalam keadaan seluruh jiwa raganya untuk.perjuangan menegakkan agama Allah," ujarnya lagi. .

Ulasan