Erat Ukhuwah Tingkat Kekuatan


 Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Selain daripada untuk mengeratkan ukhuwah diantara wanita Perikatan Nasional (PN), Program Santai Minda dianjurkan bagi memperkemaskan dan meningkatkan lagi kekuatan jentera pilih raya.

Ketua Wanita PN Kuala Terengganu, Zuraida Md Noor berkata dengan berprogram bersama akan lebih mengenali dan membina  halatuju PN dalam mengekalkan kemenangan setelah Pilihan Raya Negeri(PRN) baru baru ini.

"Pertemuan ini bukan sahaja pertemuan antara dua parti semata-mata tetapi  pertemuan di bawah Perikatan Nasional yang perlu kita garap untuk menimba ilmu  dalam kalangan Muslimat PAS dan Srikandi Bersatu," ujarnya. 


Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu itu berkata demikian ketika program santai itu yang diadakan di Lagun Kuala Ibai di sini pada Rabu, 20 September. 

Pertemuan santai ini dengan konsep 'potluck' telah mengumpul seramai 30 orang wanita Perikatan Nasional dan.merupakan santai ilmu pertama di adakan dengan pengisian tazkirah oleh Zuraida dan Ustazah Kamarul  Hayati Yusof.

Ulasan