Langkap Bukan DUN Tercorot

 Oleh ; Rohayati Ripin 


KUALA TERENGGANU - Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN)Terengganu ke 15 12 Ogos lalu  membuktikan bahawa DUN Langkap bukan lagi kawasan yang tercorot sebagaimana PRU sebelumnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Azmi Maarof berkata, PAS pernah menang di DUN tersebut pada PRU kali ke-10  tahun 1999.

"Daripada 32 DUN di Terengganu, DUN Langkap berada di tangga yang ke 26 pencapaian memperolehi undi 58.99%.

"Pada PRU DUN ke 15, keputusanjumlah undi keluar 16,474 dengan majoriti 2,734 dan undi PAS 58.99%," jelasnya.

Beliau yang menjadi calon dan menang pada pilihan raya baru-baru ini berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, mengulas mengenai program keraian petugas pada Ahad, 10 September, di Sutra Beach Resort, Setiu.


Menurutnya, para tenaga kerja pilihan raya terdiri dari kalangan ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pilihan Raya DUN, muslimat, pemuda, Ameerah  pengerusi Unit Daerah Mengundi dan PN DUN.

"Sebagai calon, saya berpuas hati dengan semangat kerja semua jentera sepanjang tempoh kempen alhamdulillah berjalan dengan baik serta bekerja berpasukan," ujar Azmi.

Justeru itu, beliau berharap kepada semua jentera parti agar sentiasa bekerja bukan hanya pada hari mengundi sahaja.

"Kesemua yang hadir berikrar akan terus bekerja supaya kemenangan ini dapat dipertahankan dalam PRN akan datang," tambah beliau lagi.

Ulasan