Pemerkasaan Syariah Akan DiPerhebatkan


 KUALA TERENGGANU - Agenda Pemerkasaan Syariah di Negeri Terengganu akan diperhebatkan dengan lebih berkesan dan menyeluruh dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha 1, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr. Ustaz Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pemerkasaan Syariah. 

"Hidup bersyariat, hidup dalam melaksanakan agenda-agenda Islam dalam kehidupan dalam setiap segmen masyarakat bagi negeri Terengganu kita ini.

" Menteri Besar kita kata, kita akan masuk gear tiga, bermaksud tindakan kita akan lebih laju bukan sahaja dari segi ekonomi, aspek pelaburan industri termasuklah aspek pemerkasaan Syariah.," jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke jabatan dan agensi yang berada di bawah portfolio Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 September.


Turut menyertai lawatan itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim dan Ketua Pemuda PAS  Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu seterusnya menambah, pemerkasaan akan memberi tumpuan kepada tiga sudut. 

"Dari sudut enakmen itu sendiri, pemerkasaan dari sudut infra, kerajaan akan berusaha dari semasa ke semasa dan  pemerkasaan dari sudut kesedaran, untuk memberi kesedaran yang berterusan kepada rakyat negeri Terengganu,

" bukan kata kerajaan sebelum ini tidak buat, tetapi kerajaan yang ada pada hari ini akan member peluang yang lebih, dan ini adalah gerak kerja yang berterusan, walaupun banyak cabaran dan halangan untuk perlaksanaan Syariah.," ujarnya lagi

Ulasan