Wanita Tepuh Cari Pengalaman Masuk Explorace



Oleh ; Burzan Zuhayr 

KUALA TERENGGANU - "Mencari pengalaman dalam pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0  kerana sebelum ni tengok dalam televisyen permainan sebegini.

Seorang peserta, Munirah Seman, 35, berkata, beliau tak menyangka kumpulannya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.

"Alhamdulillah, rezeki dari Allah taala pasukan kami berjaya dan yang pastinya kami terkejut kerana tak sangka boleh menang.

"Semua task mencabar jugak dan masa yang diberikan sekejap serta jarak antara satu -satu tempat chekpoint," ujarnya.


Beliau berkata demikian  ketika dihubungi pada semalam,  mengulas mengenai program Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0 yang diadakan yang di adakan di Bandar Baru Kuala Nerus, pada 16  September lalu.

Tambahnya, mereka berempat tinggal di DUN Tepoh.

"Teka silang kata dan pantun paling mencabar dalam banyak-banyak tugasan.

"Alhamdulillah, hadiah berbaloi," katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar program sebegini dijadikan acara tahunan untuk anak-anak muda negeri Terengganu.

"Program tadi bagus dan sangat baik untuk diteruskan serta boleh tambah cabaran lagi untuk program lepas ni.

"Program ini juga bagi pengalaman baru untuk kami semua dan kami harap umur dilanjut kan sikit lagi," tambah beliau lagi.

Sementara itu, wakil kumpulan pemenang ketiga, Wan Nurul Najihah tak menyangka boleh memenanginya walaupun hanya mendapat tempat ketiga.

"Awalnya tak sangka menang sebab bila sampai ramai dah yang siap tapi overall rasa penat lelah berbaloi.

"Hadiah yang ditawarkan menarik dan ada masa free tidak ada buat apa.

"Terbaik, boleh luangkan masa bersama keluarga  yang jauh balik.

"Peluh keluar, otak pun guna dan. boleh kenal-kenal sekitar Bandar Baru Kuala Nerus," katanya.

Justeru itu, beliau berpuas hati dengan program Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0 yang tersusun.


Ulasan