Inilah Kemungkaran dan Kezaliman Yang Disebutkan Oleh Presiden PAS!

 


KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam menjelaskan, kemungkaran dan kezaliman ekonomi yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan.

Sebagaimana yang didakwa oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awangketika perbahasan RMK12 di parlimen, tiga miggu lalu, menegaskan kerajaan pusat menggunakan sumber haram dengan melanggar perjanjian royalti petroleum di negeri ini.

“royalti Kelantan dan Terengganu ada perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri melalui akta Pembangunan Petroleum, sekiranya ada hasil da darat atau di laut hendaklah diserahkan kepada Petronas dan dibahagi hasil jualannya 5% kepada negeri dan 5% peritus kepada kerajaan pusat,

“boleh dilanggar perjanjian ini, ini tak betul, duit haram, sesuatu yang salah,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan semalam, kerajaan pusat sehingga kini belum melunaskan kewangan yang dipanggilsebagai ‘Bayaran Dana Khas Petroleum Royalti’ sebagaimana jadual yang ditetapkan.


“Kalau kita teliti pembayaran-pembayaran secara beruncit ini yang pertama pada 30 Mac sebanyak 50 juta ringgit, yang kedua pada 18 Mei sebanyak 100 juta ringgit, yang ketiga pada 14 Jun sejumlah 50 juta ringgit,

“pada 14 Jun juga sebanyak 109 juta ringgit, yang ini bagi tujuan pembayaran Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KAJV), pada 1 Ogos 2023 41 juta ringgit dan pada 21 Ogos 2023 sebanyak 55 juta ringgit dengan keseluruhannya adalah 405 juta ringgit,” jelas beliau yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Manir YB Helmi Dato’ Harun yang bertanya, berapakah jumlah dana khas yang diterima Kerajaan Negeri dalam tempoh Disember 2022 hingga September 2023.

“Memanglah apa yang kita terima pada ketika ini adalah tidak sama dengan apa yang Kerajaan Negeri terima sejak dariapda tahun 2018. Untuk rekod, izinkan saya untuk menyebut apa yang diterima oleh Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun yang lalu.


“Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menerima RM1.374 bilion. Ini kepada 3 titik perpuluhan. Pada tahun 2019 RM1.497 bilion, pada tahun 2020 RM1.226 bilion, pada tahun 2021 RM1.287 bilion, pada tahun 2022 RM1.394 bilion dan pada tahun 2023 sehingga tarikh ini adalah RM405 juta.” tambah Samsuri.

Beliau berharap, Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan tidak mempolitikkan soal pembayaran Dana Khas Petroleum itu kerana katanya, tindakan itu hanya akan merugikan rakyat dan mengungkap makna tersirat daripada peribahasa ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.

Justeru kata beliau, Kerajaan Negeri akan terus mengamalkan pendekatan untuk bertemu, bermesyuarat dan berunding dengan pihak Kerajaan Pusat dan sedang berusaha dengan apajua cara pun.

“untuk memastikan Operation Expenditure (OE) dan Development Expenditure (DE) yang dirangkakan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak terjejas.

“Harus diingat kerana yang sebenarnya mengalami penderaan adalah rakyat yang telah menikmatinya sejak sekian lama dalam pelbagai bentuk sama ada pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan sebagainya termasuklah memberdayakan, to empower rakyat untuk keluar dari garis kemiskinan.” katanya lagi

Ulasan