Kerjasama Antara Dua Pihak Jayakan Program




Oleh ; Rohayati Ripin

Foto; Syazwana

BESUT -  Pentingnya  kerjasama antara dua pihak bagi menjayakan program berfokuskan pembangunan dan perancangan wanita serta keluarga di negeri Terengganu.

Naib Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT), YB Zuraida Md noor berkata, hubungan dua agensi antara Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) dan portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional Negeri bertanggungjawab pada kaum hawa di negeri ini.

"Kita perlu merancang pembangunan untuk wanita dan keluarga di Terengganu

"Macam mana nak jadikan wanita Terengganu wanita berilmu," jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri berkata demikian ketika merasmikan program merasmikan Program Seminar Urus Tadbir Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) di Manor Beach Resort, pada Rabu, 25 Oktober.


Menurutnya, setiap agenda di bawah portfolio hendaklah dipastikan agar berjalan dengan baik.

"Bawah kita ada bukan orang Islam. Tapi ingat kita kena dengar arahan parti juga.

"Kita kena wala dan taat pada arahan parti sebab mereka ada strategi tak tercapai di akal fikiran kita," ujarnya.

Selain itu, jelasnya, peranan utama portfolio ialah bertanggungjawab menjayakan Terengganu sebagai negeri berkebajikan.

"Tok guru (YB Tan Sri Dato' Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang sebut dalam Muktamar PAS baru-baru ini iaitu adil, prihatin dan berkebajikan ada dalam halatuju ataupun tugasan portfolio kita. 

Katanya lagi, macam mana peranan masing-masing untuk menunaikannya.

Sementara itu, beliau turut memberi nasihat kepada semua kakitangan bahawa setiap orang perlu berkerja dengan baik dan telus.

"Kita tak nak apabila dapat sesuatu jawatan boleh melalaikan kita, sombong dan memandang kecil pada orang lain.

"Biar kita buat kerja hari ini yang beri saham akhirat untuk kita esok  dan ladang pahala kita di sana nanti," tambah Zuraida lagi.

Ulasan