Muslimat PAS 32 DUN Bersedia Bertugas PRK Kemaman


Oleh : Rohayati Ripin

Foto : Syazwana 

BESUT – Muslimat PAS  32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu  sudah bersiapa sedia bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Timbalan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT), YM Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman  berkata, kerahan tenaga dari setiap DUN untuk memastikan gerak kerja berjalan lancar.

“Alhamdulilah, pertama kita telah mengadakan pertemuan degan jentera Dewan Muslimat PAS Kemaman untuk kita mengatur gerak kerja yang perlu.

“Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu telah menyusun jadual untuk PRK, jadi muslimat akan mengikut jadual di mana setiap DUN ada tugasan  selain kawasan Kemaman, 28 dun diberi tugasan untuk berada di empat DUN tersebut,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas program Seminar Urus tadbir Urus Setia Wanita Terengganu di Manor Beach Resort pada, Khamis, 26 Oktober. 


Menurutnya, hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember 2023 manakala penamaan calon ditetapkan pada 18 November dan undi awal ditetapkan 28 November 2023.

“Tugasan ini bermula selepas penamaman calon. Kita (Dewan Muslimat PAS negeri)  turun memantau, sebelum ini dah turun dan kali kedua ini, kita akan turun untuk melihat gerak kerja yang mereka susun.

“Kita pantau dan perkemaskan lagi supaya gerak kerja mereka menjurus kepada kemenangan PRK Kemaman,” katanya.

Walau bagaimanapun sebelum penamaan calon Dewan Muslimat akan turun ke Kemaman untuk urusan cari penempatan, perbincangan gerak kerja yang akan dibuat.

 “Dewan Muslimat menyusun jentera penerangan untuk  kita adakan ceramah dan sebagainya. 

“Jentera kempen melalui ziarah akan susun dan juga mengarah Dewan Muslimat kawasan Kemaman menyusun program di peringkat kawasan dan DUN dengan bajet yang sepatutnya,” kata beliau.

Beliau menambah, Dewan Muslimat PAS akan turun memantau dan memperkemaskan gerak kerja sehingga hari mengundi.

“Kita sama -sama berdoa, agar PRK pada kali ini sekali lagi kita diberikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar,” ujarnya lagi.

Dalam PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing- masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Ulasan