Presiden PAS Ulangi Nasihat, Jangan Tebuk Bahtera


KUALA TERENGGANU - Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi nasihatnya kepada semua ahli agar tidak menjadi penebuk kapal yang boleh membawa kepada tenggelamnya bahtera perjuangan.


Tegas beliau, sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalaman, jangan jadi penumpang yang menjatuhkan kerajaan negeri yang telah dikuasai dan jangan sesekali mendedahkan dedahkan sebaliknya berusaha menyelesaikan kekurangan yang terdapat dalam parti.


“Terutamanya calon muslimat yang menang, kerana banyak keterbatasan dan tanggungjawab lain perlu mereka pikul. Oleh itu cawangan haruslah berperanan sebaiknya membantu adun masing-masing,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan ketika Muktamar Tahunan PAS kali ke 69 bertempat di IDCC Shah Alam, semalam.


Tambahnya, disini terletak peranan cawangan-cawangan yang memenangi pilihan raya lepas untuk membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing. 


“PAS membawa konsep Parti menguasai Kerajaan yang selaras dengan perlembagaan PAS Fasa 48D. Demi melicinkan lagi pentadbiran, PAS mewujudkan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh pemimpin PAS pusat.


“Dewan Harian yang berkebolehan yang berganding bahu dengan tokoh-tokoh terkemuka yang terpilih untuk memandu kerajaan negeri.Selain itu, semua menteri besar dari negeri yang PAS kuasa dimasukkan dalam organisasi dewan harian," ujarnya


Justeru katanya, mereka yang diberikan amanah wajib untuk melaksanakannya termasuk hadir ke setiap mesyuarat dewan harian yang diadakan.

Ulasan