PRK Kemaman; BN Hanya Nak Kurangkan Majoriti


 Barisan Nasional (BN) sudah mengaku kalah dan hanya masuk PRK Kemaman untuk mencuba nasib kerana menyedari peluang untuk menang adalah ‘suram’.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian berikutan keputusan PAS untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan parti itu di Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lepas.

Zahid berkata BN berkemungkinan mengambil peluang dan ada baiknya jika BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh PAS.

“Undi majoriti yang diperoleh bekas ahli parlimen itu ialah 27,000.

“Sebagai parti yang berintegriti, walaupun kita melihat potensinya rendah, tetapi jika kita dapat mengurangkan undi majoriti, ia sudah cukup baik untuk menguji kuatan.

“Saya akan buat pengumuman rasmi (jika BN bertanding) apabila tiba masanya,” katanya semalam.

Ulasan