Ameerah Dikerah Turun Bertugas PRK


Oleh ; Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Muslimat Muda PAS di kerah daripada kekuatan anggota di setiap kawasan dan  DUN turun padang bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Pengarahnya, Asma Abdullah berkata, ia sedikit sebanyak dapat membantu kelancaran proses ketika PRK nanti.

"Kerahan muslimat muda kita bergerak bersama jadual di peringkat kawasan dan DUN masing-masing yang telah disusun oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT)," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Katanya, Muslimat Muda PAS sentiasa bersiap siaga apabila di arah turun bekerja.

"Memperkemas gerak kerja di setiap DUN bermula dengan program - program yang sudah diatur oleh peringkat kawasan dan DUN. 

"Sebelum ini telah berjalan dengan baik," ujar beliau.

Katanya, setiap gerak kerja yang disusun oleh pihak JPNT berjalan dengan baik.

"Walaupun berat ujian yang dihadapi kerana terpaksa mengadakan pilihan raya sekali lagi.

"Kita yakin insya Allah pengundi Kemaman akan membuktikan sekali lagi sokongan padu kepada kerajaan PAS Terengganu," tambah Asma lagi.

Ulasan