Calon BN Perlu Jelaskan Isu LCS Kepada Rakyat


Satu kontrak akhirnya ditandatangani pada Julai 2014. BNS dijadualkan membina kapal-kapal berkenaan dengan bantuan syarikat Perancis, DCNS bermula 2015.

Pada Disember 2011, Kementerian Pertahanan memberikan kontrak bernilai RM9 bilion kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd untuk membina enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan tentera laut.

Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor (Jawi: راج محمد اففند راج محمد نور; lahir 20 Jun 1958, di Besut) adalah seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan Mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Panglima Tentera Darat Ke-25 dalam jawatan 15 Jun 2013 – 16 Disember 2016 dan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19 pada 16 Disember 2016.

Walaupun ketika pemberian kontrak itu, Calon PHBN Kemaman  Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor belum lagi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia tetapi semasa beliau berkhidmat bermula 2016 sehingga 2018, projek LCS dalam perlaksanaan.

Selaku pemimpin utama Angkatan Tentera, beliau wajib mengambil tahu projek mega anugerah Mindef  kepada BNS.

Calon PHBN yang ketika itu menjadi pemimpin angkatan bersenjata Malaysia yang merangkumi tentera darat, laut dan udara juga seharusnya mengambil perhatian terhadap projek LCS kerana BNS adalah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media, semasa beliau berkuasa sebagai Panglima progres projek LCS adalah Kadar 39.67%.

Pada pertengahan perkhidmatannya tidak banyak perkembangan dalam pembinaan kapal LCS yang hanya mencatatkan  pencapaian sebanyak 46.99% pada Januari 2017.

Manakala pada tempoh hujung perkhidmatannya gender bersara  Mohamed Affandi sebagai panglima setahun selepas Januari 2017 perkembangan pembinaan kapal Tempur LCS hanyalah mencapai 3.16 % kepada 50.15 % pada Januari 2018.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya projek LCS mengalami perkembangan yang perlahan dalam tempoh tiga tahun hanya 10.48 % mengalami perkembangan yang sangat rendah hanya sekitar 10 peratus sahaja.

Oleh itu, setelah bersara daripada perkhidmatan dan pada ketika ini, selalu calon PRK Kemaman adalah satu tempoh dan masa yang sangat sesuai kepada General untuk menjelaskan perkara sebenarnya mengapakah projek bernilai billion ringgit menjadi tergendala sekian lama.

Bagi kami bekas anggota Angkatan Bersenjata Malaysia berasa sangat malu dengan perkara yang telah berlalu.

Medan Pilihan Raya kecil kawasan parlimen ini yang menjadi tumpuan media Nasional Dan antarabangsa adalah wadah yang paling sesuai untuk Tan Sri memberikan Penerangan kepada rakyat khususnya para pengundi di Kemaman.

Justeru itu, kita sangat berharap nama Tan Sri selaku mantan Panglima dan seluruh warga serta bekas-bekas Tentera dapat dibersih mandari terpalit dengan skandal LCS yang Masih lagi belum diselesaikan.


Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar 

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat)..

23 November, 2023

Ulasan