DUN Kemasik Bakal Sumbang Peningkatan Majoriti Undi

 


KEMAMAN - DUN Kemasik bakal menyumbang peningkatan majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) P040 Kemaman yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS dan Barisan Nasional(BN).

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhali berkata ini berdasarkan jumlah undi ketika PRU15 dan PRN15 yang lepas.

"Unit Daerah Mengundi(UDM) Pekan Kerteh dalam PRU13, kita  kalah 400 lebih undi kita kalah, PRU14 kita menang 200 dan PRU15 dan PRN15 makin banyak(undi yang diperolehi),

" macam Labohan juga yang merupakan 'port' Umno, tetapi sekarang tidak lagi dan begitu juga keseluruhan UDM di Kemasik kecuali Air Jernih sahaja yang satu-satunya kita tidak menang dimana merupakan pengundi berbangsa Cina, " katanya.

Beliau yang juga ADUN Kemasik memberitahu demikian ketika bertemu petugas Muslimat di Markaz Baitul Hikmah  di Kuala Kerteh di sini pada 16 November.

Menurutnya, selepas kerajaan PAS mengambil alih Negeri Terengganu, Kemasik tidak lagi menjadi kubu kuat Umno-BN.


"Hasil daripada ziarah dan kecaknaan pemimpin setempat juga antara berlakunya perubahan ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS DUN Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood yang turut turun berkempen ke rumah - rumah yang sebelum ini merupakan ahli dan pemimpin Umno - BN melahirkan kesyukuran diatas perubahan yang berlaku.

" Sebagai pasukan kempen, kita tidak mengira walaupun mereka Umno, kita tetap pergi kempen, tetapi apa yang mengejutkan, mereka  sudah beralih arah daripada menjadi menyokong tegar Umno kepada PAS.

" Ada tu memberitahu, 'kami sekeluarga lima orang berhijrah kepada PAS dan telah memberi undi kepada PAS, dan akan juga mengundi PAS dalam pilihan raya nanti'," ceritanya dengan penuh teruja ketika ditemui petang semalam.

Muslimat DUN Rantau Abang adalah DUN Bantu kepada dua UDM dalam DUN Kemasik iaitu UDM Pekan Kerteh dan Kuala Kerteh.

Ulasan