"Ini Kemaman, Bukan Gaza... Kalau Gaza Patut Jeneral Bertanding"


KEMAMAN - Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara bergurau seraya menyindir  Barisan Nasional (BN) dengan berkata, ""Ini Kemaman, Bukan Gaza, kalau Gaza patut Jeneral bertanding".
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan diadakan 2 Disember nanti.

Sambil berseloroh, Ahli Parlimen Marang itu menambah, kawasan Kemaman masih lagi aman, tenteram, maka rakyat boleh memilih calon yang sesuai, bukan kawasan perang.

"PAS  akan berusaha untuk mendapat majoriti lebih besar  berbanding yang diperolehi  dalam PRN tahun lepas, walaupun begitu kita tidak memandang mudah pilihan raya ini," ujar beliau pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK P040 yang diadakan di sini pagi semalam.

Katanya, PN berhadapan dengan jentera BN bahkan 'bala tentera' kerajaan yang memerintah bersama Pakatan Harapan(PH) di peringkat pusat.

"Yang tidak malu-malu menggunakan  jentera kerajaan, kita bukan sahaja menghadapi jentera BN yang bergabung dengan jentera PH, tetapi kita juga menghadapi jentera kerajaan pusat yang juga akan digunakan dalam PRK di tempat-tinggal lain," tegas beliau. 

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab telah mengumukan, PRK tersebut menyaksikan pertembungan dua penjuru iaitu diantara calon PN, Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan BN, bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral(B) Tan Sri Raja Muahamed Affandi Raja Mohd Noor. 

Dalam PRU15, calon PN, daripada PAS, Ustaz Che Alias Hamid telah berjaya memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 27,000 undi dengan memperolehi undi  65,714 undi menewaskan calon BN, Dato Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon PH, Hasuni Sudin  8,340 undi dan Rosli Ab Ghani dari Pejuang 506 undi.

Ulasan