Kerajaan PAS Terengganu Kawal Dan Tambah Tanah Rezab Melayu

 


DUNGUN - Kerajaan PAS Negeri Terengganu  mengawal dan menanbah tanah rezab Melayu menerusi Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) yang dianugerahkan kepada rakyat supaya menjadi hak milik Melayu Islam untuk masa depan bangsa dan juga anak cucu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata kerajaan mengambil sikap untuk perbanyakkan tanah rezab Melayu, memandangkan ianya sudah berkurangan  setelah diberi kepada orang luar.

"Seperti di Perak atas geran, tanah rezab Melayu tetapi nama atas geran, bukan orang Melayu, 

" Insya-Allah,  kita(kerajaan) kawal di Terengganu supaya milik orang Melayu bermakna milik. orang Islam kita. 


"Kita harap hal ini tidak berlaku di sini untuk masa depan bangsa kita, dan juga anak cucu kita," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) DUN Rantau Abang di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini pada Rabu, 21 November.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dan turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Seramai 160 orang peserta RTB telah menerima geran hak milik tanah yang melibatkan  95 orang RTB ByPass Batu Tiong, 38 orang RTB Pertanian Belakang Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Padang Pulut, RTB Kampung Wa Sejahtera seramai 18 orang, tujuh orang daripada  RTB Batu Putihk dan  dua orang RTB Pengkalan Jering.


Beliau turut mengingatkan agar penerima menjaga sebaiknya dan tidak menjualnya supaya  menjadi harta pusaka kepada anak cucu di masa akan datang, 

"Sebab tanah makin lama makin tidak cukup, orang semakin lama semakin ramai dan pembukaan kawasan baharu semakin susah sekarang. 

" Kalau ada kawasan baharu sekalipun, adalah lubuk kawasan banjir yang tidak boleh buat rumah dan pertanian, " ujarnya.

Ulasan