Muslimat dan Ameerah Mesti Berada Di Hadapan


KEMAMAN - Muslimat dan Ameerah (Muslimat Muda PAS) mesti meletakkan diri mereka berada di hadapan dalam masyarakat sebagai membuktikan parti yang didokongi mampu memimpin negara.

Oleh itu, kata Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia, Dr. Ustazah Siti Mastura Muhammad mereka perlu sentiasa membaiki diri untuk menjadi lebih baik.

"Maka, walau di mana kita berada, apapun posisi kita berada, apapun jawatan dipegang, hatta surirumah, 

"anda perlu rasa bangga sebab Allah pilih kita bukan sebab berada dalam Islam bukan setakat  Allah pilih  kita untuk menyokong perjuangan Islam tetapi bahkan Allah kita untuk mendokong perjuangan Islam," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) di sini semalam.

Menurutnya, seramai 900 orang Muslimat yang mewakili setiap 32 DUN dalam Negeri Terengganu turut  diserikan dengan pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Kemaman.

Mantan Pengarah Ameerah Malaysia juga menegur sikap sesetengah Ameerah (Muslimat Muda PAS) parti agar tidak membina alasan 4K iaitu keluarga, kerjaya, kenderaan dan kewangan untuk membantu memenangkan perjuangan Islam.

"Janganlah membezakan program Ameerah dan Muslimat, bila kita ada program Muslimat, anda mestilah turut sama menjayakannya," katanya lagi.

Ulasan