PHBN Gagal Tadbir Negara, Hanya Pandai Cakap

 


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - PHBN gagal mentadbir kerajaan Persekutuan dan hanya pandai bercakap sahaja tetapi tak pandai membuat kerja.

Pengarah Pilihan Raya Pusat, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor berkata, mereka sentiasa mengelak dan menafikan apabila dituduh tak boleh menyelesaikan amanah yang diberikan.

"Banyak isu yang berlegar dan semakin hari semakin tenat kerajaan persekutuan untuk hadapi  situasi semasa.

"Mereka tak mampu dan berupaya untuk mengheret rakyat serta negara keluar dari masalah.

"Dan setiap hari kita akan bertemu dengan masalah baru bertimpa-timpa yang dibuat oleh Kerajaan persekutuan," jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika dalam program sembang Santai bersama rakyat di Markaz PAS UDM Bandar Sri Bandi, Kemaman pada semalam.

Menurutnya, Pilihan Raya ini membawa satu harapan dan suara rakyat di atas segala yang sedang terjadi di negara Malaysia kegagalan kerajaan menangani madani kenaikan harga barang.

"Beras tak ada di Malaysia, beras kita jadi beras import sebab nak jual dengan harga RM50, RM48 padahal tanam Kedah je pun.

"Gagal untuk dikawal selia oleh Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu.bCakap pandai kerja tak pandai.

'Kita ada masalah banyak antaranya bab makanan, harga barang semua sedang menghadapi masalah maka Pilihan Raya Kemaman akan tunjukkan jalan kepada kerajaan Madani, bye," jelasnya.

Sementara itu, PAS meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 30, 000 untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember.

"Nak tahu pandangan orang Kemaman, 2 Disember ini kita tunjuk jalan 30, 000.

"Janganlah menganggap kata orang di Kemaman ni tak okey apa kita dah bagi dah petunjuk  Pilihan Raya Negeri (PRN) 28,000," tambah beliau.

Ulasan