PRK Kemaman; Dr Sam Tidak Mampu, Andaian Tidak Berasas


 KEMAMAN - Naratif dimaikan UMNO memberikan naratif serta gambaran seolah-olah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mampu menjadi Ahli Parlimen yang baik kerana sibuk dengan tugasan Menteri Besar merupakan andaian yang tidak berasas.


Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, kenyataan dikeluarkan parti lawan itu dikeluarkan daripada pihak mereka semata-mata yang jelas tiada merit.


''Kami merasakan andaian itu dibuat berdasarkan prestasi Menteri Besar UMNO/BN yang sebelum ini telah dinilai gagal di mata rakyat,''ujarnya.


Beliau berkata demikian semasa sidang media Calon PAS PRK Kemaman, di Pusat Media PAS, di sini, semalam.


Mengulas mengenai kempen PRK, Satiful berkata setelah lebih seminggu didapati suasananya cukup baik dengan UMNO masih lagi buntu tidak mampu mencari kelemahan calon PAS kerana itu mencipta naratif yang disifatkan tidak berpijak di bumi yang nyata.


''Kejayaan Dr Sam memimpin Terengganu dengan bukti-bukti dan fakta yang jelas, sewajarnya tokoh sepertinya perlu kita angkat ke peringkat nasional seterusnya dapat membantu kerajaan Persekutuan berada pada landasan yang sepatutnya.


''Kepada semua pengundi yang layak tak kira dimana anda berada perlu pulang kali ini, dan berikan pengajaran secukup-cukupnya kepada PH-BN dalam PRK Kemaman ini.


''Jadikan Kemaman sebagai satu sejarah hitam buat UMNO dengan majoriti lebih tinggi,''ujarnya.

Ulasan