PRK Kemaman; Kerja Keras Hingga Hari Pengundian


 KUALA NERUS – Muslimat terus berusaha dan bekerja keras agar sokongan berterusan kepada Dr. Sam, calon PAS PRK Kemaman supaya menang dengan bergaya pada hari pengundian 2 Disember depan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, YM Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman berkata, jenteranya mula bertugas pada 5 November lalu, akan berterusan sehingga selesai.

”Alhamdulillah dari Kuala Nerus iaitu dari DUn Tepoh, DUN Buluh Gading, Dun Seberang Takir, dan Dun Bukit Tunggal, kami telah menghantar para petugas muslimat ke PRK Kemaman,

“bermula dari 5 November sehingga sekarang masih ada wakil yang dihantar untuk berkempen disana,” jelasnya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, antara gerak kerja yang dijalankan adalah menyantuni para pengundi, program ibadah bacaan yaasin dan munajat bersama para pengundi.

”Muslimat turut berkunjung rumah ke rumah pengundi, tidak kira dari parti mana dan menyeru para pengundi khususnya pengundi PHBN supaya memilih PAS,” tegasnya.


Tambah beliau, matlamat kempen adalah untuk memberi penerangan tentang kejayaan kerajaan PAS Terengganu dan memberi kesedaran, pemerintahan sepenggal lalu telah memberi banyak kebaikan kepada rakyat.

“Majlis tazkirah serta perkongsian bersama pengundi sesungguhnya pemerintahan PAS menitikberatkan soal agama berpandukan al-Quran dan As-Sunnah yang melaksanan program seperti bulan penghayatan solat dan dasar ‘Patuh Syariah’,

“ lselain kemajuan ekonomi dan pembangunan cemerlang membawa banyak kebajikan kepada semua rakyat Terengganu,” ujar beliau.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat Terengganu menggesa agar semua tenaga Muslimat turun ke Kemaman dan turut serta bersama dalam kempen.

”Semua Muslimat dalam DUN-DUN seluruh negeri, perlu bersemangat hadirkan diri dalam PRK ini bagi menunjukkan sokongan dan jika ada mereka yang tidak mampu hadir,

“beri sumbangan kewangan agar kita tidak terlepas peluang dalam memberi khidmat dan jihad kita dalam PRK Kemaman kali ini,” kata beliau.

Ulasan