PRK Kemaman; Lima Laporan Polis Terhadap Calon PHBN


 KEMAMAN - Pemuda PAS Terengganu telah membuat lima laporan polis berikutan  calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PHBN) telah melakukan salah laku melanggar akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh berkempen pada PRK Kemaman. 


Oleh itu, Ketua Penerangannya, Ustaz Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin memberi amaran kepada kerajaan Madani agar menghentikan segala bentuk kempen berunsur sogokan dan rasuah kepada para pengundi. 


"Antaranya adalah program Kenduri Sekampung yang dibuat di kawasan Felda Neram dan dihadiri oleh pemimpin BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggunakan sepenuhnya peralatan dan premis daripada Felda untuk tujuan politik. 


"Walaupun mereka berada dalam kerajaan, ada kuasa di peringkat Persekutuan tapi kita perlu sedar bahawa ada peruntukan-peruntukan perlembagaan dalam sistem demokrasi yang ada dalam negara kita, 


"jangan bertindak bacul dengan menggunakan kuasa untuk mendapat kemenangan, berlawanlah secara 'gentleman' satu lawan satu tanpa ada sebarang  kelebihan tertentu yang digunakan, 



"kita serah kepada rakyat tentang siapa yang mereka akan pilih dalam PRK P40 Kemaman kali ni," tegasnya. 


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kemaman hari ini di sini, semalam. 


Katanya,  pihaknya  akan terus memperhati dan banyak lagi laporan - laporan polis yang kita akan keluarkan terutamanya melibatkan salah laku dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 


"Jadi kita minta berhati-hati dan jangan cuba untuk mencabar kedaulatan negara kita ini dan jangan cuba untuk mencabar undang-undang yang anda sendiri yang menjaga undang-undang tersebut," katanya. 



Dalam masa yang juga satu laporan polis berkenaan dengan ucapan biadab dan tuduhan yang tidak berasas daripada Pengerusi BN  Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said   yang menyifatkan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS mandi tanpa berpakaian di dalam kolah di Masjid Rusila. 


"Bagi kita anak muda ini bukan politik yang kita mahukan dan  politik ini, politik  lama, politik lapok yang sepatutnya tidak berulanglah dalam era modenisasi yang berlaku dalam negara kita," tambahnya. 


Laporan polis itu juga turut melibatkan  pencabulan kedaulatan negara yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang khabarnya telah pun memberi ruang kepada IMF dan CIA yang merupakan agensi-agensi antarabangsa  ada hubung kait dengan zionis Yahudi di Israel. 


Justeru, ujarnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu  berharap pihak polis akan melaksanakan siasatan dengan sebaik yang mungkin. 


Ulasan