PRK Kemaman, Umno Menyusahkan Rakyat


KEMAMAN - Umno-BN tidak habis-habis untuk menyusahkan rakyat dengan berlakunya Pilihan Raya Kecil(PRK) P040 Kemaman semata-mata untuk mengurangkan majoriti undi.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Dato' Razali Ismail berkata merekalah yang mengadakan petisyen sehingga kemenangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional(PN) daripada PAS, Ustaz Che Alias Hamid,akhirnya dibatalkan. 

"Inilah perangai hodoh pemimpin Umno-BN,  2. Disember adalah tarikh mengundi, yang biasanya bulan Disember adalah berlakunya banjir di mana rakyat dalam keadaan susah, mereka memerlukan bantuan untuk menghadapi banjir tetapi  Umno-BN hendak pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Perikatan Nasional(PN) Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman di Padang Astaka, Chukai di sini semalam.

Beliau juga mengajak pengundi - pengundi untuk terus memberi kemenangan kepada calon PN yang akan diumumkan nanti.

"Kita buktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan tidak benar, tidak sahih, kelabu, maka penterjemahannya, adalah memberi kemenangan besar dalam PRK nanti," katanya.

Ulasan