Sokongan Pengundi Bukan Melayu Meningkat Dan Menggalakkan


KEMAMAN  - Sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon nombor dua (2),  Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Kemaman, Dr Sam yang juga Menteri Besar Terengganu meningkat dan cukup menggalakkan.

Pesuruhjaya PASt Negeri Selangor, Dato' Dr. Ab Halim Tamuri berkata bagi PRK ini jentera PAS/PN Selangor dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kempen bagi pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Tiong Hua.

" Alhamdulillah, sepanjang 10 hari tempoh kempen, kami dapat menyimpulkan bahawa penerimaan dan peningkatan sokongan yang baik di kalangan penyokong 

bukan Melayu dalam siri kempen PRK Kemaman ini disebabkan beberapa 'pulling factor', calon mesra rakyat yang diterima oleh pengundi, 

"Perkhidmatan Adun-adun PN dalam Parlimen Kemaman dan Ahli Parlimen PAS sebelum ini yang cemerlang, " jelasnya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media  PN Selangor Sempena PRK P040 Kemaman  Pusat Media PN PRK P040 Kemaman di sini petang tadi. 

Katanya, kepercayaan kepada pihak pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang dikemudi Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di atas komitmen dan janji yang ditunaikan. 

"Sebagai contoh di Kemaman ini kelulusan tapak rumah mayat di Dusun Nyior, Chukai yang telah lama dijanjikan sebelum Kerajaan PAS/PN lagi,

" Pembinaan pintu gerbang kampung Cina, satu pengikrafan kepada masyarakat setempat, sambutan perayaan-perayaan kaum yang meriah, menggambarkan 

keharmonian dan toleransi kaum yang baik di Kemaman seterusnya mengikis perasaan Islamophobia di kalangan penduduk setempatdan lain-lain," jelasnya. 

Menurutnya lagi, PN Selangor  juga ingin menekankan bahawa pendekatan “kempen jahat” PHBN yang terus menabur fitnah kepada kerajaan negeri dan PN menyebabkan sebahagian penyokong bukan Melayu terkeliru dengan dakyah. 

" Antaranya  isu tidak boleh berseluar pendek, penutupan kedai arakdan pelaksanaan undang- undang syariah akan terpakai kepada pihak non Muslim dan lain-lain," tambahnya. 

Beliau yang jua ADUN Paya Jaras seterusnya menambah, ini berbeza dengan pendekatan kempen Budaya PoliMk Matang dan Sejahtera (BPMS) di kalangan pasukan kempen PAS/PN yang dapat diterima dengan baik oleh pengundi-pengundi di Kemaman ini.

" Selain itu, dimaklumkan terdapat protes di kalangan bukan Melayuterhadap gabungan BNPH , di mana sebahagian besar pengundi tidak akan turundalam PRK kali ini, peratus keluar mengundi PRN yang lepas sebanyak 53% dijangka akan merosot lagi kali ini." katanya lagi.

Ulasan