Sumbangan Aid4Palestin Melepasi Sasaran Kutipan Melebihi RM2, Juta


KUALA TERENGGANU- Sumbangan rakyat Terengganu kepada Tabung Aid4Palestin melepasi sasaran apabila kutipan yang disumbangkan melepasi angkat dua juta ringgit. 

Jumlah tersebut yang di serahkan oleh Dewan-dewan Dan PAS kawasan-kawasan dibuat dalam satu majlis di Masjid Rusila pada pagi ini.

Kawasan Marang mencatat jumlah tertinggi Marang RM423, 000.00, Kemaman, RM383,000.00, 

Kuala Terengganu, RM350, 000.00, Dungun, RM345,400, Kuala Nerus, RM300 ribu, Setiu, Rm154900 ribu, Hulu Terengganu, RM120, 000.00 dan Besut, RM 110,000.00 dan Dewan Ulama, RM40 ribu, 

Pemuda PAS Terengganu RM138,000.00, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) RM40 ribu, Ameerah Terengganu, RM10 ribu, Dewan Himpunan Penyokong PAS ,Rm1,000.

Jumlah terkumpul RM2,414,300.00 dari rakyat Terengganu.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang berkata, jenayah kemanusiaan yang membunuh lebih 8,000 penduduk Gaza sehingga kini adalah konpirasi dilakukan oleh kuasa -kuasa besar dunia.

"Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kuasa khufar yang melancarkan konpirasi untuk menghancurkan Palestin setelah mereka mengkhianati rakyat dan orang Palestin, 

"Mereka mengadakan perjanjian untuk menyerahkan Palestin kepada Yahudi sejak tahun 1948 sehingga sekarang dan Yahudi dilindungi kuasa besar dunia, bangsa bersatu melindungi mereka.

"Jadi sekarang Palestin berhadapan kospirasi secara global kesemua itu ialah akibat daripada kelemahan dan kegagalan bangsa Arab serta kegagalan umat Islam seluruhnya," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program penyerahan sumbangan di Masjid Rusila pagi ini.

Menurutnya, pada saat ini,  Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, membunuh umat Islam, kaum wanita, kanak-kanak, orang awam yang tidak berdosa yang tidak punya kesalahan dan jenayah samada kemanusiaan serta agama. 

"Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai Muslim untuk kita ambil tanggungjawab bersegera menolong dan membantu beri sokongan moral serta material.

"Inilah tanggungjawab bukan sahaja kemanusian dan perintah Allah," katanya.

Justeru itu, PAS negeri Terengganu melancarkan kutipan derma di seluruh peringkat.

"Ucapan terima kasih kepada semua yang ada dalam PAS demi beri sokongan moral.

"Semoga ganjaran dan seluruh rakyat sumbangan yang layak dibalas dengan syurga," tambah beliau.

Ulasan