180 Sukarelawan Siap Siaga Bantu Pasca Banjir


DUNGUN - Seramai 180 orang sukarelawan KHIDMAT Malaysia Dungun yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia(JAM), Muslimat dan Ameerah bersiap siaga untuk membantu pasca banjir. 

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata pasca banjir adalah menjadi kita kerana adanya keperluan membersih rumah, PASTI dan masjid. 

"Kemungkinan banjir ini sehingga bulan Mac, jadi keikhlasan itu penting, yang pentingnya kita dengar arahan," katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap di Majlis Himpunan Sukarelawan Banjir PAS Dungun, yang berlangsung di Dewan Al-Husna Darul Ansor, Alor Mak Bah, di sini malam 6 Disember. 


Dalam majlis tersebut, turut diadakan majlis penyerahan enjin bot kepada komander Jabatan Amal Kawasan Dungun, Tarmizi Hilmi Mohamad Zuber. 

Turut hadir bersama Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman , Pengarah MTD. Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu, Cikgu  Wan Hapandi Wan Nik. Pengerusi KHIDMAT Malaysia Dungun, Khairul Ismail.

Beliau turut mengingatkan kan supaya tidak mendengar komen-komen yang negatif.

"Jadi kalau kita boleh buat sendiri, kita buat, kalau banyak sangat kita serah ke orang lain buat," katanya lagi.

Ulasan