30 Keluarga Dipukul Ribut Dapat Perhatian PAS


KEMAMAN - Hampir 30 keluarga yang rumah mereka telah rosak dipukul ribut pada awal Khamis lalu  mendapat perhatian segera PAS Kemaman.

Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh yang hadir meninjau  di tempat kejadian  disamping menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ribut. 

" Kita juga mencari penempatan sementara dan disamping bantuan - bantuan lain, selain akan menyegerakan pembaikan rumah supaya keluarga dapat kembali semula ke tempat tinggal mereka, " katanya 

Beliau berkata demikian ketika  ditemui  Kampung Pengkalan Pandan di sini pada pagi 14 Disember. 


Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Kubang Kurus, Mohd Saridin Abd. Aziz memberitahu dalam pukul 5.00 pagi hari kejadian, beliau mendapat panggilan daripada mangsa yang memaklumkan rumahnya dilanda ribut. 

"Jadi  dalam hampir pukul 6.00 pagi kita ke tempat kejadian, rumah yang paling teruk, hampir 100 peratus atap tidak boleh digunakan. 

" Antara tindakan awal yang diambil ialah memanggil kesemua tukang - tukang yang ada, untuk kita segerakan membaik pulih hampir 30 buah terlibat yang membabitkan hampir 30 keluarga," ujarnya lagi.

Ulasan