Indahnya Hidup Bersyariat


KUALA TERENGGANU - Slogan 'Indahnya Hidup Bersyariat' akan sentiasa disebar luas sehingga lahir keyakinan setiap rakyat Negeri Terengganu dengan mengikut syariat akan turunnya barakah. 

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menjelaskan 

Syariat Islam itu bukan sahaja dengan agenda Pemerkasaan Perundangan Syariat Islam, Hudud, Qisas dan Takzir sahaja. 

"Mengikut syariat Islam dalam semua aspek, kebersihan, kesihatan diri sebahagian daripada Syariat Islam, kerja dengan berintegriti sebahagian daripada Syariat Islam jadi banyak lagilah," jelasnya. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. yang berkata demikian ketika dihuvungi semalamdalam satu mengulas pertemuan beliau yang diadakan di sini pada Isnin, 11 Disember. 

Beliau juga kerajaan PAS Negeri Terengganu hari ini adalah dipilih rakyat kerana rakyat menyukainya.

"  Rakyat ini sudah tentulah  suka kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada penggal yang lepas, agenda pemerkasaan Syariahnya, agenda kebajikan kepada rakyatnya, agenda ekonomiya dalam segenap segi sama ada dari sudut industri dari sudut pertanian dari sudut pelancongan dan seumpamanya, " jelasnya.

Ulasan