Negara Teguh Ditadbir Melayu Islam


KUALA TERENGGANU – Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, dapat dilihat bagaimana teguhnya kepimpinan negara yang ditadbir oleh Melayu Islam mampu membawa kepada kemajuan, harmoni dan sejahtera.


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang berkata, kerana itu Melayu Islam itu wajib memimpin, memerintah dan mentadbir negara, termasuk menguruskan rakyat bukan Islam dengan adil, prihatin dan berkebajikan.


“Di dalam perlembagaan negara juga, telah termaktub bahawa Islam sebagai ahama Persekutuan, dan agama-agama lain boleh (untuk) diamalkan.


“PAS sesekali tidak pernah ingin menggangu gugat keharmonian dan perpaduan yang sedia ada di Malaysia.


“Jadi, mana-mana pihak termasuk DAP jangan bertindak di luar batasan. Jangan mencabar keluhuran Perlembagaan negara serta umat Islam sendiri,” ujarnya melalui suatu kenyataan, di sini, hari ini.


Tegasnya, Islam mesti memimpin umatnya lantaran majoriti rakyat negara ini adalah Melayu Islam.


“Mesti dipimpin oleh Perdana Menteri daripada kalangan pemimpin yang beragama Islam.


“Rakyat Malaysia selamat dan sejahtera berada di bawah kepimpinan Melayu Islam, dan tidak ingin mempertaruh nasib kepada pihak yang jelas menolak dan memberi ancaman kepada Melayu Islam,” ujarnya.

Ulasan