PMX Makin Terdesak


KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri Ke-10 (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak, mahu mengekalkan kuasanya, apabila dilihat pagi, petang, siang dan malamnya bekerja keras untuk menarik sokongan bersama dalam kerajaan 

Naib Presiden PAS, YB Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, mungkin ramai yang bingung mengapa PMX meskipun dari sudut jumlahnya telah mencapai jumlah 2/3 sokongan ahli parlimen.

"Saya lihat semakin rencam strategi yang digunakan oleh PMX untuk menarik pembangkang bersama dalam kerajaan. 

"Bermula dengan pujukan secara terbuka, malahan baru-baru ini kita dikejutkan satu laporan portal yang mengatakan bahawa PAS menolak kerjasama dengan PMX oleh gerakan Islam antarabangsa. 

"Aik, kenapa PAS pula? ," soal beliau hairan.

Justeru kata beliau, sehingga kini  kerajaan campuran yang ditubuhkan tidak ada faktor 'wow' dan gagal mengotakan janji-janji ketika beliau menjadi pembangkang.

"Apa tidaknya semua agenda reformasi dan hentam kerajaan waktu menjadi pembangkang dilanggarnya. 

"dia dan gengnya hentam lunyai kerajaan sebelum ini, seolah beliau sebagai pemuda suci waktu jadi pembangkang. Sekarang sudah terang lagi bersuluh." ujar Ustaz Idris dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, kata beliau, Anwar   tidak sedar rakyat Malaysia yang pantas mendapat maklumat tidak boleh terima cara kepimpinannya.

"Tambahan pula dengan DAP yang terus menggasak untuk mencapai cita-cita politik mereka selama ini telah menambah perencah ketidak setabilan politik PMX.

"Kerajaan hari ini tidak mampu menarik sokongan melayu. Peranan UMNO untuk menarik sokongan Melayu tidak menjadi, kuku dan taring terpaksa disembunyi untuk agenda peribadi pemimpin sahaja." jelasnya.

Malahan tambah Ustaz Idris, ahli  akar umbi mula memberontak banyak agenda Melayu tidak kedengaran lagi dan dilihat ikut telunjuk DAP. 

Manakala tegasnya, parti Amanah pula masih dilihat sebagai anak emas DAP yang tidak mampu membawa nilai tambah kepada PMX. 

Sementara itu, kata beliau, setakat hari ini, PAS dan PN menjadi payung orang Melayu di negara ini.

"terima kasih kerana telah memberi respons dan mengiktiraf kualiti PAS. Namun, PAS tetap tidak akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan yang retak menanti belah ini." tambah beliau lagi

Ulasan