Prihatin, Adil, Berkebajikan PAS Untuk Semua Tanpa Had Masa


 DUNGUN - Tema ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, Prihatin, Adil dan Berkebajikan adalah untuk semua rakyat dan tanpa had masa iaitu sepanjang waktu.


Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata dalam suasana banjir melanda menerusi KHIDMAT dan PAS cawangan tidak memilih mana - mana pihak untuk dibantu dan  akan sentiasa prihatin.


"Insya-Allah kita tidak akan berpeluk tubuh dengan masalah dan insya-Allah kebajikan akan terus berjalan membantu bukan sahaja setakat musim banjir bahkan pasca banjirpun kita masih menghulurkan bantuan," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat PAS Kawasan Dungun petang semalam. 


Beliau turut mengingatkan supaya orang ramai jangan berasa seronok kerana beranggapan banjir sudah berakhir.


" Kita di Dungun pernah dilanda banjir besar pada bulan Februari, jadi sentiasa bersiap siaga dan kita doakan agar jika berlaku banjir, banjir itu agak sederhana dan tidak melampau dan tidak akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

Ulasan