PRK Kemaman Cerminan Politik Matang Rakyat

 


KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Kecil (PRK) P040  Kemaman kali ini mencerminkan kedewasaan politik rakyat, menilai dari pelbagai aspek yang mana masyarakat menolak amalan politik melibatkan rasuah, ugutan, serta pendekatan terbelakang.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, penglibatan PHBN dipertikaikan kerana tidak memenuhi janji-janji mereka dan melibatkan pelbagai khianatan terhadap nilai demokrasi yang pernah perjuangkan.

“Insya Allah saya yakin Dato Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  akan berikan khidmat yang terbaik kepada rakyat kemaman bahkan lebih daripada itu lagi akan membawa suara Terengganu ke peringkat lebih tinggi.

“Dan tidak mustahil insya Allah kita yakin beliau adalah tokoh yang terbaik untuk memimpin negara kita dalam masa terdekat ataupun jangka masa yang panjang, insya Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, mengulas kejayaan PAS, pada semalam.

Justeru itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada seluruh rakyat Kemaman memberi undi sehingga PAS mencapai kemenangan yang besar kali ini.

“Dalam kesempatan ini juga saya inigin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera khususnya Dun Batu Buruk, Kuala Terengganu, daripada kawasan dan negeri-negeri bantu yang datang untuk membantu dalam PRK Kemaman,” tambah beliau lagi.

Ulasan