PRK Kemaman ; Terima Kasih Lim Kit Siang

 


KUALA TERENGGANU - PAS mengucapkan terima kasih kepada  Veteran DAP, Lim Kit Siang kerana satu 'posting' dalam laman media sosial beliiau telah menyebabkan orang ramai mengubah pandangan.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Fadhli Shaari berkata, beliau memuatnaik isu ini sehari sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman berlansung. 


"Satu posting dalam facebook yang menyatakan bahawa orang bukan melayu berpeluang untuk menjadi perdana menteri.


"Saya nak ingatkan bahawa posting ini mungkin bertujuan untuk nak sabotaj UmnoBN.


"Saya nak kirim salam kepada pemimpin Umno tolong cari Lim Kit Siang kenapa kamu buat posting ini ," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman  Keputusan PRK 040 Kemaman, Dewan Arena Square, Chukai, Kemaman, pada Sabtu, 2 Disember.

 

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Pusat, Muhammad Akmal Salleh kerana telah membuat huru hara sehari sebelum hari pengundi di perkarangan traffic light di Pejabat PAS Chukai.


"Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan saya dari Melaka yang berhenti di tengah jalan   kelmarin.


"Saya tak nak sebut nama tapi nak ucap terima kasih kerana bila beliau berhenti di tengah jalan kelmarian.


"Ribuan anak muda bangun pagi ini untuk nak mengajar UmnoBN," ujar beliau.


Justeru itu,  beliau mengucapkan terima kasih rakyat Terengganu dan Kemaman di atas kemenangan ini.


"Terimalah dengan tawaduk  Dan syukur kepada Allah, beristigfar dan minta ampun.


"Semoga kemenangan ini bermula dari kemaman berakhir di outraja


"Kepada dua orang ini saya ucap setinggi-tinggi  terima kasih ulangilah balik rekod ini dalam pilihan raya yang akan datang," tambah beliau.

Ulasan