66 Guru PASTI Terengganu Terima Diploma

 


Oleh : Raihanah


SEREMBAN - Seramai 66 orang guru PASTI Negeri Terengganu telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) pada sesi kali ini.


Pengarahnya, Cikgu Mohd Syamri  Abd Razak berkata Jabatan PASTI Negeri Terengganu mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah dan syabas, 


buat semua guru yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) daripada Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM).

 

"Selamat bergraduasi kepada semua guru, semoga ini menjadi awal yang baik untuk meniti kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang,"ujarnya. 


Para graduan telah menerima sijil di Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali Ke-14 sidang 1 yang berlangsung di Nilai Spring Resort Hotel di sini pada malam tadi.



Beliau yang mengalu-alukan kejayaan tersebut berharap guru-guru tetap bersemangat untuk meraih semua impian-impian, semoga Allah SWT selalu menyertai setiap langkah. 


"Dengan berjaya menamatkan pengajian, ini membuktikan bahawa usaha adalah kuncinya, tahniah atas pencapaian yang luar biasa ini, terus berusaha dan berkembang.


" Semoga semua ilmu yang telah diraih oleh para graduan sepanjang pengajian DPAK menjadi pemangkin semangat buat guru, 

dan dapat dipraktikkan sebaik mungkin kepada murid PASTI dalam usaha untuk membentuk murid PASTI yang berkualiti serta berakhlak mulia dan juga berjaya di dunia dan akhirat, " katanya lagi ketika dihubungi di sini.

Ulasan