Aktivis PAS Sayu Tidak Dapat Bergiat Cergas


 Oleh: Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU - Aktivis PAS, Rokiah Ngah, 62 sayu tidak dapat bergiat cergas membantu gerak kerja parti setelah mengalami  sakit saraf.


Rokiah yang pernah menjadi 'mubalighah' PAS, satu masa dahulu kini hanya duduk di katil walaupun wajahnya nampak sihat tetapi hakikatnya   saraf kaki yang tidak.dapat berfungsi sebaiknya.


"Terima kasih kerana datang jenguk dan bertanya khabar orang lama macam.saya, hasrat membantu jemaah tak kesampaian hanya sekadar ini sahaja, " ujar mantan Ketua Muslimat PAS Gelugor Raja dalam redup wajah yang sugul.



Beliau ditemui ketika rutin ziarah bersama isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, Datin Dr Nurdiana binti Ahmad Takri ke Kampung Gelugor Raja, di sini pada Rabu, 10 Januari. 


Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai seorang doktor,  i Dr Nurdiana masih sempat meluangkan masa untuk turun ziarah ke DUN Wakaf Mempelam seperti  yang dijadualkan untuk bulan Januari. 


Menurut beliau, kunjungan bersama Ahli Jawatankuasa Muslimat DUN dan cawangan itu, turut ke rumah  Che Engku Esah binti Man, 87  dan Nur fadilah Arifin yang baharu 16 hari menerima cahaya mata. 


"Mak Ku, Che Engku Esah masih sihat namun pendengaran dan mata sudah tidak seperti biasa, Alhamdulillah kelihatan sangat gembira menyambut kehadiran kami," ujarnya yang sebelum ini   pernah  ke rumah itu  beberapa bulan dahulu.

Ulasan