Kekalkan Kemenangan


KUALA TERENGGANU - Sebagai ahli PAS menjadi tanggungjawab untuk mengekalkan kemenangan PAS Terengganu menerajui negeri itu dengan melaksanakan gerakerja yang  efisien. 


Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata iaitu gerakerja yang lebih teliti, hebat dan tersusun rapi. 


"Bukan sahaja musim pilihan raya tetapi kita diajar, kita dididik bahawasanya setiap masa perlu untuk bergerak dalam keadaan yang baik bagi memastikan kemenangan anugerah daripada Allah ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu Majlis Retreat DUN Rantau Abang yang diadakan di sini semalam.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Pengarah 1, MTD DUN RantauAbang, Cikgu Alias Harun dan Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.


Sementara itu, Cikgu Alias menggesa 28 cawangan PAS yang ada dalam DUN Rantau Abang supaya menggerakkan Tabung Samah sebagai dana untuk menjalankan aktiviti - aktiviti di tempat masing-masing.


"Tabung Samah ni bukan benda baru, telah dilancarkan lama dulu, gerakkan lah, bukan kita buka(tabung) sebulan sekali tetapi tiga bulan sekali," ujarnya



Ulasan