PAS Dungun Dan Pegawai Daerah Bincang Pembangunan Setempat

 


DUNGUN- PAS Kawasan Dungun mengadakan pertemuan  dengan Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Dungun untuk menjalinkan kerjasama disamping membincangkan pembangunan setempat. 


Yang Dipertua PAS Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang mengetuai kunjungan berkenaan berkata kunjungan tersebut lebih kepada membina hubungan dan kerjasama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di daerah itu. 


"Pertemuan bersama Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim dan Pegawai Pentadbir Tanah Daerah Dungun membincangkan isu berkaitan tanah dan cadangan untuk membangunkan tanah di Daerah Dungun." ujarnya.



Beliau juga Ahli Parlimen Dungun menulis demikian menerusi hantaran 'facebook'nya selepas mengadakan kunjungan hormat tersebut di sini, hari ini.


Menurutnya, mereka juga berbincang beberapa isu yang penting iaitu isu bayaran tanah premium, isu pelancongan di Dungun dan isu tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).


"Insya-Allah selepas ini jika ada apa - apa isu yang timbul berkaitan dengan tanah, kita akan rujuk semula kepada pihak Pengurusan Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Pihak mereka sedia menerima aduan dari rakyat Dungun."


"Semoga dengan kunjungan ini, dapat membuahkan hasil yang lebih baik demi memastikan kesejahteraan rakyat di Daerah Dungun", ujarnya lagi.

Ulasan