Guna Peluang Buat Duit Dengan Masakan


 DUNGUN - Banyak peluang terbuka buat surirumah dengan menceburi bidang masakan bagi menampung pendapatan keluarga walaupun hanya duduk di rumah.


Pengerusi Lajnah Ekonomi, Muslimat PAS Terengganu, Rohani Awang berkata Lajnah Ekonomi, Muslimat Negeri Terengganu berkata pihaknya berhasrat melahirkan usahawan dari golongan wanita yang berdaya saing.


"Kami mahu mewujudkan peluang perniagaan terutamanya kepada ibu tunggal dan golongan miskin di Terengganu," ujarnya ketika dihubungi semalam. 



Beliau mengulas Kursus Hasilan Produk Pilihan Kawasan yang telah dan akan diadakan di lapan kawasan di Terengganu. 


" Kursus yang diadakan di setiap kawasan mengikut hasilan produk pilihan kawasan masing-masing secara tidak langsung untuk memperbanyakkan produk keluaran Muslim," jelasnya. 


Sementara itu, di Dungun, Demo Masakan Talam Keladi telah diadakan pada 17 Februari lalu di Dewan Masjid Batu Tiong dengan dihadiri 20 orang peserta. 



Dalam program itu, Ajk Lajnah Ekonomi, Muslimat PAS Dungun, Norizan Wahab telah menunjukkan cara menyediakan kuih kegemaran ramai itu. 


Beliau yang juga pengusaha kuih, berharap peserta dapat mempraktikkannya di rumah dan hasilnya dapat dijual kepada orang ramai. 


"Sayapun bukannya buat sekali terus menjadi tetapi saya cuba acap kali, sehingga saya berpuas hati," katanya yang juga AJK Lajnah Ekonomi, Muslimat PAS Dungun.

Ulasan