Mahkamah Syariah Hanya Selesaikan Kes Amar Maaruf?


KUALA NERUS – Berikutan pengisytiharan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan tidak sah dan terbatal oleh Mahkamah Persekutuan adakah bermakna Mahkamah Syariah hanya akan menyelesaikan kes-kes amar makruf.



Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman yang melahirkan kebimbangannya sambil menambah Mahkamah Syariah hanya berkuasa dalam bidang harta, urusan nikah kawin, daftar muallaf dan perkara yang berkaitan amar makruf sahaja.

“Tanpa membicarakan kesalahan untuk mencegah kemungkaran seperti zina, liwat, minum arak, berjudi dan lain-lain,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Katanya, umat Islam di Malaysia akan bebas melakukan Jenayah Syariah tersebut tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.

” Tahniah Rakyat Kelantan kerana sudah lebih 33 tahun memilih PAS, sebuah parti Islam yang membawa agenda untuk memartabatkan undang-undang Syariah di Kelantan.

“Saya dan sebahagian besar Umat Islam di Malaysia merasa sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengistiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah,” ujarnya dengan nada kecewa.


Ulasan