Sukarelawan PAS Sentiasa Sedia Berbakti


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Sukarelawan PAS sentiasa bersiap sedia  untuk berbakti tanpa mengira waktu serta hari dan mereka ada di mana-mana saat di perlukan.

Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,  terharu dengan penyertaan mereka pada setiap misi kebajikan.

Samada usaha menyelamat sewaktu bencana atau banjir, kata beliau, atau baik pulih rumah, pasca banjir dan banyak lagi tanpa mengira lokaliti dalam atau luar negeri.

" Kerja mereka tidak ada had saperti pekerja jabatan ada sehingga 24 jam semata mata menyiapkan tugasan dalam waktu yang dijanjikan" ujarnya kepada semua hadirin.

Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap Program Himpunan Sukarelawan Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu (SEGENGGAM) di sini pada Khamis, 22 Februari. 


Peserta yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia(JAM) Kuala Terengganu, Briged Muslimat,Skuad KHIDMAT DMPKKT dan sukarelawan di peringkat DUN-DUN dalam.kawasan Kuala Terengganu.

Himpunan anjuran Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial PAS  Kuala Terengganu  berjaya mengumpulkan seramai 70 orang peserta dari semua sayap parti 

Ustaz Wan Sukairi menambah, antara mereka ada yang muda dan  juga yang sudah menjangkau usia 70-an namun masih berkhidmat tanpa jemu. 


"Teruskan usaha murni ini supaya masyarakat sedar kita sentiasa bersedia berkhidmat terutama Skuad KHIDMAT Malaysia yang sudah sinonim dengan misi bencana alam saperti banjir.

"Contoh Jabatan Amal cukup terkenal di luar sana dengan nama 'tentera semut merah', mereka ada saat diperlukan, 

"bahkan antara terawal tiba di lokasi, inilah contoh kerja-kerja sukarela yang di berikan tanpa mengira siapa yang perlukan pertolongan mereka, " ujarnya lagi.

Ulasan