62 Orang Terima Sumbangan Barangan Dapur


Oleh ; Rohayati Ripin 

SETIU - Seramai 62 orang dari golongan kurang berkemampuan di kawasan Setiu telah menerima sumbangan daripada NGO Yasmeen.

Menurut ketuanya, Rohani Ramli, bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi sokongan kepada golongan yang memerlukannya, terutamanya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

"Sumbangan barang dapur seperti beras dan barangan keperluan harian lainnya dapat memberikan sokongan yang penting kepada mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Bantuan ini juga turut memberikan dorongan moral kepada golongan yang menerima, membuat mereka merasakan bahawa mereka tidak sendirian dalam menghadapi cabaran kehidupan," jelasnya.




Beliau yang juga Ketua Penerangan kawasan Setiu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Kasih Ramadan yang diadakan di Masjid Felda, Kg Rahmat, pada Rabu, 20 Mac yang lalu.

Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarif dan kakitangan i-MiTS DUN Langkap bersama qariah Masjid.

Justeru itu, dengan adanya sumbangan ini, diharapkan dapat memberi sedikit lega dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan yang menerima bantuan.

Tambahnya, majlis diserikan lagi dengan kehadiran  Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Hajjah Nuridah Salleh.


Majlis tersebut juga diserikan dengan pelaksanaan solat sunat tasbih, bacaan Yasin, dan sesi munajat.

Ulasan