5,000 Pengunjung Hadir Jamuan Raya PAS


Oleh ; Muhammad Safwan Bin Mohd Sukeri

BESUT - Jamuan Raya PAS Kawasan Besut pada tahun ini mencipta suasana meriah dengan kehadiran lebih daripada 5000 pengunjung.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato Ustaz Haki Husain Awang berkata, kehadiran adalah bukti betapa besar sokongan masyarakat terhadap PAS dan semangat perpaduan yang terus berkembang di kalangan rakyat.

"Terima kasih kerana memberi sokongan mutlak kepada kami pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. 

'Saya mewakili keluarga PAS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Raya yang diadakan di Dataran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Besut, pada semalam.

Katanya, rakyat mula berkunjung seawal pukul 10 pagi untuk menyambut dan menikmati juadah yang disediakan.

"Pelbagai menu menarik mesra pengunjung antaranya sate, kambing golek, nasi minyak, aiskrim, apam balik dan gulai kawah. 

"Tetamu cilik turut diraikan dengan duit raya yang disampaikan oleh pimpinan PAS Kawasan Besut," katanya.


Sementara itu, seorang pengunjung Hafizi Bin Mamat, 43 yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS buat program sebegini.

“Bagus buat jamuan gini, rakyat boleh mari beramah mesra dengan pemimpin.

"Saya setiap tahun hadir makan free," tambah beliau lagi.

Ulasan